blog

October 11th, 2005 by lilleplus

http://syazwan.blogspot.com

citer panjang mama!

March 20th, 2005 by lilleplus

smlm wan tidur agak lambat, chat dgn miruL sambil update blog dgn belek
belek buku maths, then miruL mintak diri nak tidur tepat kul 2 pagi (3
pg Ukraine, 8 pagi malaysia). so, wan pun pi la baring atas katil gak,
tup tap tak leh tidur. bangun la balik, tgk status miruL kat MSn tetap
avaiable.. then wan pun buzz la skali ‘[02:14:12] [Wénkt] hung: masuk tidur!!!!!‘, then wan turun bawah, ambik roti 4 keping
dan makan dengan nutella. bilik darul dan razak masing masing dah tutup
pintu, so, wan pun ambik kesempatan la.. letak nutella banyak banyak
sampai meleleh roti tu.. basah roti.. hehe.. then naik makan atas..
hahaha

screen komputer dah tutup, malas nak bukak, nanti ada org tegur n chat
lak kan? habiskan roti nutella sambil belek buku C lak, pening betul
dengan C ni, asyik confius dgn Java. nak tidur tapi mata tak mengantuk,
masuk je subuh kul 4.58pg (tak masuk musim bunga dah kul 5 pagi, summer
nanti kul 1 pagi!).. solat jap then bing.. bukak tinggap luas luas,
angin sejuk di akhir musim sejuk masuk.. then masuk dlm comforter,
bestnyer!! tidur! komputer berbunyi kipas, slow n nyaring tapi malas
nak bangun tutup. dah sejuk sgt dan best dlm comforter kan?

wan bangun kul 9 pagi, terus ke depan komputer, dpt msg dari miruL..
[02:35:39] Peter Pan - : muahhaa
[02:35:39] Peter Pan - : tahu tak
[02:35:39] Peter Pan - : mirul baru masak roti 4 keping
[02:35:42] Peter Pan - : ngan telur separuh masak
[02:35:45] Peter Pan - : buat makan ngan roti
[02:35:47] Peter Pan - : yum yum!!!
[02:35:48] Peter Pan - : wakkka
[02:35:53] Peter Pan - : roti pulak basah disaluti butter


aiyoo.. kebetulan dan tidak dirancang.. hehe.. 4 keping roti dengan
nutella lagi baik dari 4 keping roti dgn butter! kan miruL kan? ke
coklat lebih banyak lemak dari butter?

dapat email dari mama, panjang lebar, skrg kul 9 pagi, mama kluar
office kul 9.40 pagi, wan kene baca karangan dan reply kat mama! cam
karangan form 3.. ada 5 perenggan lagi! hehe.. mama citer pasal masalah
sorang mamat ni, dia orang Pasir Puteh, satu kampung dengan abah. citer
ni berlaku jumaat lepas, 18 mac. masa pukul 11 malam abah turun pi
kunci gate, check semua kereta dah kunci (dan tarik hand break :p),
kunci pintu dapur (routine la kan?), kemudian abah citer la, masa abah
tengah lepak depan TV (sure berita Dunia dgn pembaca berita suara garau
tu, tak pun abah tengah fikirkan nasib anak dia kat france :) -sbb
asyik terbatuk kebelakngan ni-), then ada orang goncang pintu pagar.
terpaksa la abah pi turun check again, mamat tu datang rumah la, dia
kata nak guna phone, then abah kasi la (dah orang sekampung kat pasir
puteh kot, bersaudara gak la kan?)

lepas call, abah dan mamat tu lepak kat halaman rumah, kat kerusi bawah
pokok ciku (pokok ni besar sgt dan rendang!). kemudian abah naik tidur
dan mamat tu kata dia nak lepak situ sampai member dia datang ambik.
then mama dengan abah intai la dari atas rumah, mamat tu still kat
situ, skejap nampak api rokok, sekejap gelap (thriller la pulak) then
kul 4 pagi intai lagi dah tak der orang.

kmudian kul 7 pagi sabtu, masa mama dgn nor (adik lelaki no 4) nak
kluar pi beli nasi berlauk pagi pagi, mama bukak pintu kereta dan
perasan yang mamat tu tidur kat beranda rumah nenek (rumah nenek dalam
satu pagar sama dengan rumah family wan - rumah nenek tu baru buat dua
tahun lepas). Nenek lak tinggal seorang diri (sejak datuk meninggal 25
disember lepas -al fatihah-), dan dia tak berani bukak pintu sebab tak
tahu siapa.

then mama citer la (panjang lebar tuL), yang mama beli nasi berlauk dengan pulut lepa
kat mamat tu, makan sesama kat beranda rumah nenek (rindunyer rumah,
rindunya family!). kemudian ada orang phone abah, masa ni kul 9.30
pagi, then abah pun pi la jawab telefon tu, POLIS yang call! Polis
tanya ada tak mamat yang bernama ******* (nama dirahsiakan), so abah
terpaksa la mengaku yang mamat tu ada kat halaman rumah ni. tup tup
abah turun nak sambung makan, polis dah kepung rumah nenek!! serentak
dengan tu kereta polis datang!! terkejut la nenek kan? nenek bgtau la
cerita yang dia ingatkan kawan kepada mamat tu yang datang, tup tap tgk
polis! kalau wan kat situ pun boleh terkejut! then mamat tu kene gari,
nenek still terkejut tak tahu cerita, then polis gari baru tanya nama.
kemudian mamat tu kene seret masuk dlm kereta peronda (mak aii vocab mama, ayat luar lagi :p).. habis cerita. settle!

actually email mama lagi panjang, tapi wan terpaksa ringkaskan.. hehe..

sbb citer panjang tu, wan sempat beremail 2 kali jer dengan mama. lepas
tu mandi jap, then sambung belek buku, tapi still duduk depan komputer.
then buat satu benda baru. comel gak… ni pic dia. kpd Yoong, Izad,
Afif, then cikgu french kat colmar, cuba teka mana satu poskad anda..
btw, tgh tunggu poskad dari Ukraine utk
letak kat atas skali sblh poskad malaysia tu. kalau orang lain nak send
poskad pun dipersilakan gak :p.. ni adresse… ZANINI Syazwan, 4 Rue
Manuel, 59000 Lille, FRANCE.

my blog!!!

March 16th, 2005 by lilleplus

http://syazwan.blogspot.com

jgn lupa untuk undi sebagai malaysia top blogs..

undi undi…

March 16th, 2005 by lilleplus

klik di sini dan undi untuk saya!! mekasih